VISI
Pelajar Cemerlang, Dato Gemilang.
MISI "Warga Dato berazam untuk menghasilkan pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar cemerlang ke arah sekolah gemilang melalui pengurusan yang cekap dan nilai kendiri pelajar yang positif"
LOGO SEKOLAH
D-A-T-O
Dedikasi-Aktif-Toleransi-OptimaLOGO SEKOLAH
Pengertian Logo
Bentuk Bulat
- Melambangkan usaha kita memertabatkan & memperkasakan Pendidikan Kebangsaan secara global
Bintang Enambelas Bucu
- Melambangkan 16 sikap & nilai yang perlu ada pada warga sekolah dalam memacu dan mencapaikan hasrat dan wawasan Negara maju
Ikon Buku Lima Lapisan
- Melambangkan prinsip rukun Negara yang perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah
Ikon “i”
- Membawa maksud intelek, idea dan iltizam. Sikap ini perlu bermula daripada diri sendiri( dalam bahasa Inggeris “i” iaitu saya). Dalam pada itu “i” dalam nombor roman bermakna satu, pertama dan johan. Inilah agenda sekolah untuk menjadikan pelajarnya cemerlang, gemilang dan terbilang.
Warna Hijau
- Melambangkan keharmonian warga sekolah
Warna Kuning
- Melambangkan kemashyuran sekolah ini dalam usahanya menjadikan lebih ramai modal insane yang berkualiti.
Warna putih
- Melambangkan kesucian dan keluhuran yang perlu ada pada setiap warganya.
“DEDIKASI, AKTIF, TOLERANSI, OPTIMUM”
- Merupakan slogan sekolah yang menjadi laungan dan amalan seluruh warga sekolah.
LAGU SEKOLAH
“DATO GEMILANG”
Sekolahku, Dato Sharif Hamid
Menjadi lambing kemegahan
Ilmu dituntut akal dicambah
Bina hidup sejahtera
Kami berjanji juga berikrar
Akan terus berusaha
Dedikasi, aktif, toleransi
Optima cogankata kami
Setinggi kasih ayah dan bonda
Sesuci murni jasa guru
Kami kan tetap terus berdoa
Untuk jadi insan berilmu